Menjejaskan beberapa kementerian Ukraine, bank, sistem metro dan syarikat milik kerajaan
Suspek
Rusia (berdasarkan pada kenyataan oleh pihak berkuasa Ukraine)[5][6][7]
Satu siri serangan siber berkuasa yang mengunakan malwarePetya bermula pada 27 Jun 2017 yang membanjiri tapak-tapak sesawang pertubuhan termasuk bank, kementerian, surat khabar dan firma elektrik.[8] Serangan serupa telah dilaporkan berlaku di Perancis, Jerman, Itali, Poland, Rusia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.[9][3][10]ESET menganggarkan pada 28 Jun, 2017 bahawa 80% daripada keseluruhan serangan berlaku di Ukraine, dengan Jerman menjadi negara di tangga kedua yang diserang teruk dengan sekitar 9%.[2] Pada 28 Jun 2017, kerajaan Ukraine menyatakan bahawa serangan ini telah dilumpuhkan.[11] Pada 30 Jun 2017, Associated Press melaporkan pada pakar bersetuju Petya adalah satu ransomware yang sebenarnya membawa kerosakkan besar yang ditumpukan kepada Ukraine.[12]